Sepertimana yang ditanya oleh ustaz Azrul Azlan, sekiranya saya ditempatkan di sekolah Bestari, apakah langkah-langkah yang akan saya lakukan untuk membantu guru-guru lain supaya bersedia untuk membudayakan ICT yang ada di sekolah.
Pada fikiran saya, untuk membantu guru-guru lain supaya bersedia untuk membudayakan ICT dan memanfaatkan perkakasan ICT yang ada di sekolah, perkara yang saya akan lakukan ialah :
Pertama : saya akan menggunakan segala kemudahan teknologi yang ada di sekolah dan mengaplikasikannya dalam pengajaran dan pembelajaran. Saya akan cuba menyediakan satu bahan pengajaran yang menarik dengan menggunakan teknologi yang ada.Apabila saya selalu meggunakan teknologi yang ada ini, pastinya guru-guru lain juga turut berminat untuk menggunakannya kerana keberkesanannya yang dapat menarik minat pelajar.
Kedua : Saya akan mengesyorkan pada guru-guru lain untuk menggunakan teknologi tersebut dengan menyatakan segala kepentingan ICT dalam membantu keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran.
Ketiga : Saya akan membantu guru-guru lain untuk menyediakan bahan pengajaran yang berasaskan ICT. Saya akan memberikan bahan-bahan yang agak menarik kepada guru-guru yang ingin mencuba untuk dilaksanakan dalam pengajarannya agar mereka berasa seronok dengan kaedah pengajaran yang digunakan tersebut. Apabila ini berlaku, guru-guru tersebut mungkin dapat merasakan suatu suasana pengajaran yang baru yang menarik minat pelajar. Hal ini menyebabkan guru-guru tersebut ingin menggunakannya lagi.
Keempat : Saya akan bersedia untuk memberi tunjuk ajar kepada guru-guru lain sekadar apa yang saya tahu tentang ICT. Saya juga akan memberi motovasi dan semangat kepada guru-guru tersebut agar berminat untuk menerokai bidang ICT ini kerana ianya bukan sahaja memberi faedah kepada guru-guru, malahan kepada para pelajar juga.
0 comments:
Post a Comment