? ??????????????????? ????Easy Install Instructions:???1. Copy the Code??2. Log in to your Blogger account
and go to "Manage Layout" from the Blogger Dashboard??3. Click on the "Edit HTML" tab.??4. Delete the code already in the "Edit Template" box and paste the new code in.??5. Click "Save Template" CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS ?

Sunday, April 5, 2009

Cadangan berkaitan subjek Multimedia dalam Pendidikan Islam

Pada pendapat saya, sukatan pelajaran yang terdapat dalam subjek multimedia dalam pendidikan Islam ini tidak perlu diubah kerana ianya sudah menepati nama subjek ini iaitu multimedia dalam pendidikan Islam tetapi penyusunan tentang isi pelajaran yang hendak diajar tersebut perlulah dijelaskan oleh pensyarah terlebih dahulu supaya pelajar mendapat gambaran yang lebih jelas tentang apa yang akan dipelajari oleh mereka.

Selain itu juga, pada semester akan datang untuk subjek multimedia ini, saya mencadangkan agar pro-formal tentang subjek multimedia ini boleh diletakkan dalam Moodle(Adec) supaya pelajar dapat lihat apa yang perlu dipelajarinya.

Pendapat saya...

1. Apakah pendapat/persepsi anda apabila diberitahu bahawa anda dikehendaki untuk menyiapkan satu koswer yang menggabungkan semua elemen-elemen multimedia?

Apabila saya diberitahu oleh ustaz Azlan tentang projek yang perlu dibuat, pada mulanya saya rasa sangat risau kerana saya kurang pasti apakah koswer yang ustaz maksudkan tersebut. Apabila saya bertanya kepada sahabat saya tentang koswer tersebut, saya baru faham dan agak nampak sikit apa yang yang perlu dibuat. Namun, kerisauan masih lagi bersarang di hati. Apabila saya dah mula masuk dalam kumpulan projek dan kami memulakan perbincangan, saya sudah nampak kerja yang perlu saya buat dan ini menuntun saya untuk menekuni keraja saya tersebut. Walaupun pada mulanya saya rasa agak rumit tapi saya rasa seronok jugak kerana kalau tidak kerana bersusah payah ini, kami tidak berjaya menghasilkan projek tersebut. Satu kelegaan yang amat besar bagi saya kerana projek kami telah siap dan telah dibentangkan. Alhamdulillah...

Saya rasa bersyukur sangat..

2. Pada pendapat anda adakah projek ini akan dapat membantu anda ketika anda menjalani praktikum nanti?

Pada pendapat saya, projek ini sangat membantu kami untuk menjalani praktikum nanti. Projek ini boleh dijadikan satu bahan pengajaran di sekolah. Projek ini mungkin menjadi satu kaedah yang boleh menarik minat pelajar untuk belajar tentang subjek yang diajar nanti. Bagi saya, projek ini sememangnya bermanfaat sekali kepada kami yang bakal bergelar guru suatu hari nanti.


3. Untuk makluman anda ketika pembentangan projek nanti, rakan-rakan anda yang lain dikehendaki untuk membuat penilaian terhadap anda berasaskan bintang (memberikan jumlah bintang yang bersesuaian dengan produk yang dihasilkan dan pembentangan yang dilakukan)

Soalannya, sekiranya anda fasilitator/tutor kelas ini, adakah anda akan menukar kaedah penilaian tugasan ini?
Jika YA, jelaskan bagaimana dan mengapa? Jika TIDAK (dan ingin mengekalkan kaedah penilaian menggunakan sistem bintang), mengapa?


Sekiranya saya menjadi fasilitator, saya akan mengekalkan kaedah penilaian menggunakan sistem bintang ini, tetapi tidak menggunakannya 100% untuk menilai prestasi pelajar berdasarkan bintang yang diberikan oleh kawan-kawan mereka. Hal ini kerana, kadang-kadang pelajar tidak jujur dalam menilai kawan-kawan mereka. Kadang-kadang pelajar hanya sekadar memenuhi arahan yang dikeluarkan oleh fasilitator untuk menilai kawan-kawan mereka.Mereka tidak serius dalam menilai. Namun tidak semua yang bersikap sedemikian. Terdapat juga pelajar yang jujur dalam menilai.

Kawalan pembelajaran secara atas talian

Ciri-ciri dan kemahiran yang ada pada saya :

1- Sifat ingin mencuba dan meneroka

Saya selalu mempunyai perasaan ingin tahu tentang perkara-perkara baru yang saya tak tahu. Saya tidak mahu ketinggalan dengan ilmu-ilmu semasa yang memerlukan kemahiran untuk mempelajarinya. Pembelajaran secara atas talian juga merupakan perkara baru bagi saya. Pembelajaran atas talian ini menarik minat saya untuk mempelajari sesuatu yang baru.

2- Cepat belajar

Saya juga seorang yang cepat belajar dengan syarat rajin dan bersungguh-sungguh. Sekiranya saya menekuni sesuatu kerja, pasti saya akan dapat menghasilkan sesuatu yang baik. Pembelajaran atas talian ini memberi kemudahan pada saya untuk berhubung dengan pensyarah dan berkongsi maklumat dengan kawan-kawan lain walaupun tidak bertemu muka.Penggunaan Moodle ini memberi peluang kepada saya untuk cepat belajar.Persoalan-persoalan yang timbul selepas waktu kelas boleh saya salurkan di Adec. Ini memudahkan saya mendapatkan maklumat dengan cepat.

Bahan yang perlu disediakan oleh tutor/pensyarah supaya pelajar boleh mengawal pembelajaran secara atas talian ialah :

1- Nota-nota kuliah yang akan diajar di dalam kelas boleh disediakan oleh pensyarah terlebih dahulu di dalam Moodle(pembelajaran atas talian yang digunakan). Dengan itu, pelajar boleh terlebih dahulu membaca nota tersebut sebelum kelas bermula dan ini lebih memudahkan pelajar untuk cepat faham tentang pelajaran yang diajar.

2- Software-software yang bermanfaat kepada pelajar boleh diletakkan oleh pensyarah dalam Moodle dan pelajar boleh download software tersebut dengan mudah.

3- Maklumat-maklumat yang berguna seperti laman web-laman web yang berkait dengan subjek yang diajar oleh pensyarah supaya pelajar boleh mendapatkan maklumat-maklumat tambahan bagi mengukuhkan lagi penguasaan pelajar terhadap sesuatu ilmu yang dipelajarinya.

4- Setiap tajuk pengajaran yang diajar dalam kelas boleh dibuat rumusan secara keseluruhan oleh pensyarah dalam Moodle selepas pengajaran setiap tajuk selesai.

Perkara-perkara yang perlu dibuat oleh seorang guru untuk membantu murid meningkatkan kawalan proses pembelajarannya secara atas talian :

1. Memberi galakan secara lisan kepada pelajar supaya sentiasa menggunakan dan memanfaatkan kaedah pembelajaran secara atas talian.

2. Memberi peluang kepada pelajar untuk mencadangkan kaedah-kaedah dan pendekatan-pendekatan pengajaran yang disukai tanpa guru mengetahui siapa yang memberi cadangan tersebut.

3. Sentiasa memantau pelajar terhadap penggunaan pembelajaran secara atas talian dan memberi markah kepada setiap penggunaannya agar pelajar menjadi lebih bersemangat untuk menggunakannya.

Sekiranya saya ditempatkan di sekolah bestari..

Sepertimana yang ditanya oleh ustaz Azrul Azlan, sekiranya saya ditempatkan di sekolah Bestari, apakah langkah-langkah yang akan saya lakukan untuk membantu guru-guru lain supaya bersedia untuk membudayakan ICT yang ada di sekolah.

Pada fikiran saya, untuk membantu guru-guru lain supaya bersedia untuk membudayakan ICT dan memanfaatkan perkakasan ICT yang ada di sekolah, perkara yang saya akan lakukan ialah :

Pertama : saya akan menggunakan segala kemudahan teknologi yang ada di sekolah dan mengaplikasikannya dalam pengajaran dan pembelajaran. Saya akan cuba menyediakan satu bahan pengajaran yang menarik dengan menggunakan teknologi yang ada.Apabila saya selalu meggunakan teknologi yang ada ini, pastinya guru-guru lain juga turut berminat untuk menggunakannya kerana keberkesanannya yang dapat menarik minat pelajar.

Kedua : Saya akan mengesyorkan pada guru-guru lain untuk menggunakan teknologi tersebut dengan menyatakan segala kepentingan ICT dalam membantu keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran.

Ketiga : Saya akan membantu guru-guru lain untuk menyediakan bahan pengajaran yang berasaskan ICT. Saya akan memberikan bahan-bahan yang agak menarik kepada guru-guru yang ingin mencuba untuk dilaksanakan dalam pengajarannya agar mereka berasa seronok dengan kaedah pengajaran yang digunakan tersebut. Apabila ini berlaku, guru-guru tersebut mungkin dapat merasakan suatu suasana pengajaran yang baru yang menarik minat pelajar. Hal ini menyebabkan guru-guru tersebut ingin menggunakannya lagi.

Keempat : Saya akan bersedia untuk memberi tunjuk ajar kepada guru-guru lain sekadar apa yang saya tahu tentang ICT. Saya juga akan memberi motovasi dan semangat kepada guru-guru tersebut agar berminat untuk menerokai bidang ICT ini kerana ianya bukan sahaja memberi faedah kepada guru-guru, malahan kepada para pelajar juga.

transformasi guru dalam pendidikan

Guru merupakan satu profesion yang memerlukan komitmen, kesabaran dan kecekalan yang tinggi dalam mendidik dan membentuk murid-murid supaya menjadi insan yang berguna dan berpengetahuan secara menyeluruh meliputi seluruh aspek kehidupan. Peranan guru sebagai golongan pendidik sekali gus menjadikan guru sebagai pendukung obor budaya ilmu yang melayakkan kaum guru sebagai pendukung wawasan pendidikan dan wawasan pembangunan masyarakat yang berilmu.

Justeru itu, bagi mencapai hasrat negara untuk membangunkan generasi yang mempunyai kemahiran abad 21, individu yang bergelar guru perlu lebih bersedia untuk melakukan sebarang perubahan atau trasformasi dalam pendidikan. Abad ke-21 akan membawa negara ke ambang baru perubahan masyarakat informasi selaras dengan perkembangan pesat teknologi maklumat. Teknologi maklumat akan memainkan peranan penting mentransformasikan budaya belajar dan budaya mengajar di bilik darjah dan juga dalam aspek pengurusan pendidikan di semua peringkat persekolahan dan pendidikan.Berbagai-bagai perkembangan terbaru dalam aspek teknologi maklumat seperti penggunaan computer, internet, e-mail, website, animasi, VCD/DVD, berbagai software pendidikan multimedia dan CD ROM akan mewarnakan budaya dan suasana belajar di sekolah.

Oleh itu, guru perlu lah bersiap sedia melakukan transformasi dalam dunia pendidikan untuk mendidik anak bangsa. Guru perlu mempunyai pengetahuan yang kemas kini dalam bidang pendidikan, khususnya dalam aspek-aspek kaedah mengajar, perancangan penggunaan sumber dan aktiviti murid, penggunaan teknologi maklumat dan sebagainya.Peranan guru sebagai pencelik budaya literasi ilmu memerlukan guru mempunyai pengetahuan luas dan terkehadapan. Perkembangan dan kemajuan teknologi yang berlaku memerlukan guru-guru untuk mentransformasikan kaedah pengajaran dan pembelajaran di sekolah menjadi lebih menarik dengan mengaplikasikan segala teknologi yang muncul dalam dunia pendidikan. Guru perlu menjadi pakar dalam bidang teknologi dan harus berubah dari cara pengajaran tradisional kepada kaedah pengajaran yang berorientasikan teknologi dan multimedia. Bahan-bahan pengajaran perlu diubahsuai agar dapat menarik minat pelajar.

Kesimpulannya, setiap insan yang bergelar guru haruslah sentiasa bersedia untuk melakukan sebarang transformasi dalam pengajarannya kerana kemajuan dunia teknologi hari ini menjadikan dunia seolah-olah tanpa sempadan. Jaringan maklumat yang begitu luas menyebabkan pengaruh-pengaruh luar dan unsur-unsur negatif cepat menyusuri dan menusuk masuk ke dalam budaya masyarakat khususnya anak-anak remaja. Demikian itu, para guru haruslah sentiasa mengambil berat dan menyelusuri perkembangan semasa agar sentiasa terkedepan dalam memberi maklumat kepada pelajar tentang kebaikan dan keburukan sesuatu perkara yang terdapat dalam dunia hari ini.

Thursday, March 12, 2009

selamat datang